Kehidupan peribadi Syazwan_Zulkifly

Syazwan dianggap sebagai seorang yang bersikap baran oleh sesetengah media. Namun beliau sebenarnya seorang yang pendiam. Beliau mengulas dalam temuramah bersama Kosmo!: "Kisah baran ini mungkin tidak akan habis. Barangkali disebabkan wajah saya dan watak antagonis yang saya bawakan, label baran itu telah menjadi sebati dalam diri,".[5]

Pada Mei 2017, Syazwan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak berhampiran Genting Sempah. Beliau ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cherating, Pahang untuk menjalani penggambaran drama terbarunya berjudul Sehangat Cinta Antasha. Ini merupakan kali kedua beliau terlibat dalam kemalangan selepas kemalangan pertama bersama pelakon Nabila Huda pada 2013.[6]

Sekitar 2015, Syazwan dilaporkan bercinta dengan penyanyi dan pengacara TV, Shenthy Feliziana Sudirman (bekas anggota Dynda), namun hubungan mereka berakhir gara-gara tindakan Syazwan memukul kekasihnya dan Shenthy membuat laporan polis pada Oktober tahun sama, selepas mendakwa dia dicederakan oleh Syazwan selepas ingin berbincang mengenai hubungan mereka. Namun Syazwan mengakui masih sayangkan Shenthy.[7] Sekitar Januari 2017, Syazwan dilaporkan di'gam' oleh Astro gara-gara kontroversi yang melanda dirinya bersama bekas kekasihnya,[8][9] menyebabkan beliau ingin berhenti berlakon.[10]

Rujukan

WikiPedia: Syazwan_Zulkifly http://www.encikshino.com/biodata-syazwan-zulkifly... http://www.imdb.com/name/nm5729705/ http://m.themalaymailonline.com/showbiz/article/al... http://www.bharian.com.my/node/63302?m=1 http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.mindorder.com.my/artiste-management/sya... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/trans...